Aqidatul Awam

عَقِيْدَةُ الْعَوَامِ
اَبْدَأُبِاسْمِ اللهِ وَالرَّحْمَنِ * وَبِالرَّحِيْمِ دَائِمِ اْلأِحْسَانِ
Saya awali penulisan Syair  ini dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Pengasih yang selalu menganugerahkan kebajikan.
فَالْحَمْدُ لِلّٰهِ الْقَدِيْمِ اْلأَوَّلِ *  اَلْأَخِرِالْبَاقِى بِلاَتَحَوُّلِ
Segala puji bagi Allah  Yang Qadim, Yang Awal (tanpa permulaan), Yang Akhir (tanpa penghujung), Yang Kekal Abadi tanpa perubahan.
ثُمَّ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ سَرْمَدًا * عَلَى النَبِىِّ خَيْرِ مَنْ قَدْ وَحَّدَا
Seterusnya, semoga rahmat dan kesejahteraan Allah sentiasa terlimpah ke atas Nabi sebaik-baik insan yang mengesakan Allah
وَاٰلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعْ  *  سَبِيْلَ دِينِ الْحَقِّ غَيْرَ مُبْتَدِعْ
Dan juga keluarganya, para sahabatnya dan orang yang mengikuti jalan agama yang hak tanpa di tambah-tambah.
وَبَعْدُ فَاعْلَمْ بِوُجُوْبِ الْمَعْرِفَةْ  *  مِنْ وَاجِبٍ لِلّٰهِ عِشْرِيْنَ صِفَةْ
Selanjutnya, ketahuilah dengan yakin bahawa Allah  itu mempunyai 20 sifat yang wajib.
فَااللهُ مَوْجُوْدٌ قَدِيْمٌ بَاقِى  *  مُخَالِفٌ لِلْخَلْقِ بِاالْإِطْلَاقِ
Yaitu Allah Yaitu (1) Maujud (ada), (2) Qadim (telah ada sebelum adanya segala sesuatu), (3) Baqii (kekal abadi tanpa akhir), (4) Mukhaluful Lil Khalq (bertentangan dengan makhluk) secara mutlak.
وَقَائِمٌ غَنِىٌّ وَ وَاحِدٌ وَحَىْ *  قَادِرٌ مُرِيْدٌ عَلِمٌ بِكُلِ شَيْ
(5) Qaim (berdiri dengan sendiri tidak memerlukan bantuan sesiapa) Yang Maha Kaya, (6) Waahidun (Yang Maha Esa), (7) Hayyun (Yang Maha Hidup tidak akan mati), (8) Qaadirun (Yang Maha Berkuasa), (9) Muriidun (Yang Maha Berkehendak), (10) ‘Aalimun (Yang Maha Mengetahui) segala sesuatu.
سَمِيْعٌ الْبَصِيْرُ وَالْمُتَكَلِمُ  *   لَهُ صِفَاتٌ سَبْعَةٌ تَنْتَظِمُ
(11) Samii’ (Yang Maha Mendengar), (12) Bashiir (Yang Maha Melihat), (13) Mutakallim (Maha Berbicara), Allah  juga mempunyai 7 sifat yang teratur.
فَقُدْرَةٌ اِرَادَةٌ سَمْعٌ بَصَرٌ  *  حَيَاةٌ الْعِلْمُ كَلاَمٌ اسْتَمَرْ
Yaitu (Sifat Ma’ni): (14) Qudrah (Berkuasa), (15) Iradah (Berkehendak), (16) Sama’ (Mendengar), (17) Bashor (Melihat), (18) Hayaat (Hidup), (19) Al-‘Ilmu (Berpengetahuan), (20) Kalaam (Bercakap) secara terus menerus.
وَجَائِزٌ بِفَضْلِهِ وَعَدْلِهِ  *  تَرْكٌ لِكُلِّ مُمْكِنٍ كَفِعْلِهِ
Dengan karunia dan keadilanNya, Allah memiliki Sifat Boleh, Yaitu boleh Dia melakukan segala sesuatu atau meninggalkannya.
اَرْسَل اَنْبِيَا ذَوِى فَطَانَهْ  *  بِاالصِّدْقِ وَالتَّبْلِيْغِ وَالْأَمَانَهْ
Allah  telah mengutus para nabi yang memiliki 4 sifat yang wajib, iaitu: (1) Fatonah (cerdik), (2) Siddiq (jujur), (3) Tabligh (menyampaikan), (4) Amanah (dipercayai).
وَجَائِزٌ فِحَقِّهِمْ مِنْ عَرَضٍ *  بِغَيْرِ نَقْصٍ كَخَفِيْفِ الْمَرَضِ
Sifat yang harus bagi mereka ialah kebiasaan yang berlaku kepada manusia biasa tanpa mengurangi kedudukannya sebagai nabi seperti mengalami sakit yang ringan
عِصْمَتُهُمْ كَسَائِرِ الْمَلَائِكَةْ  *  وَاجِبَةٌ وَفَاضَلُوْ الْمَلاَئِكَةْ
Sifat maksum mereka (mendapat perlindungan Allah  daripada melakukan dosa) seperti juga para Malaikat, adalah wajib. Bahkan, para Nabi lebih utama daripada para Malaikat.
وَمُسْتَحِيْلُ ضِدٌّ كُلِّ وَاجِبٍ  *  فَاحْفَظْ لِخَمْسِيْنَ بِحُكْمٍ وَاجِبٍ
Dan Sifat Mustahil, adalah lawan semua sifat yang wajib. Maka wajiblah kamu menghafal 50 sifat ini.
تَفْصِيْلُ خَمْسَةٍ وَعِشْرِيْنَ لَزِمْ  *  كُلَّ مُكَلَّفٍ فَحَقِقْ وَ اغْتَنِمْ
Wajib bagi mukallaf meyakini dan berusaha mengetahui 25 nama Rasul yang disebut di dalam Al-Qur’an secara terperinci.
هُمْ آدَمٌ  إِدْرِيْسُ نُوْحٌ هُودُ مَعْ  *  صَالِحْ وَاِبْرَاهِيْمُ كُلٌّ مُتَّبَعْ
Mereka ialah (1) Adam, (2) Idris, (3) Nuh , (4) Hud beserta, (5) Soleh  dan, (6) Ibrahim yang masing-masing wajib diikuti.
لُوطٌ وَاِسْمَاعِيْلُ اِسْحَاقٌ كَذَا  *   يَعْقُوْبُ يُوْسُفُ وَاَيُّوْبُ احْتَذَى
Seterusnya, (7) Luth, (8) Isma’il dan, (9) Ishaq. Begitu juga (10) Ya’qub, (11) Yusuf dan, (12) Ayyub yang mengikut jejak langkah para nabi sebelumnya.
شُعَيْبُ هَارُوْنُ وَمُوْسَ وَلْيَسَعْ  *   ذُوْالْكِفْلِ دَاوُدُ سُلَيْمَنُ اتَّبَعْ
(13) Syu’aib, (14) Harun, (15) Musa, (16) Alyasa’, (17) Zulkifli , (18) Daud, (19) Sulaiman  yang selanjutnya.
إِلْيَاسُ يُوْنُسُ زَكَرِيَّا يَحْيَى  *  عِيْسَا وَطَهَ خَاتِمٌ دَعْ غَيَّا
(20) Ilyas, (21) Yunus , (22) Zakaria, (23) Yahya, (24) ‘Isa dan, (25) Thoha sebagai nabi penutup dan tinggalkanlah kecenderungan kepada kesesatan.
عَلَيْهِمُ الصَّلاَةُ وَالسَّالاَمُ  *  وَآلِهِمْ مَادَا مَتِ الْأَيَّامُ
Semoga rahmat dan kesejahteraan daripada Allah terlimpah ke atas mereka dan keluarga mereka sepanjang masa.
وَلْمَلاَكُ الَّذِى بِلاَ اَبٍ وَاُمٍّ *  لَا أَكْلَ لَا شُرْبَ وَلَانَوْمَ لَهُمْ
Ketahuilah, bahawa Malaikat itu tidak mempunyai ayah dan ibu, tidak makan, tidak minum dan tidak juga tidur.
تَفْصِيْلُ عَشْرٍ مِنْهُمُ جِبْرِيْلُ  *   مِيْكَالُ اِسْرَافِيْلُ عِزْرَائِيْلُ
Perincian bilangan mereka adalah 10, iaitu (1) Jibril, (2) Mikail, (3) Israfil, (4) ‘Izrail .
مُنْكَرٌ نَكِيْرٌ وَرَقِيْبٌ وَكَذَا  *  عَتِيْدٌ مَالِكٌ وَرِضْوَانُ حْتَذَا
(5) Munkar dan, (6) Nakir , (7) Raqib  dan jua, (8) ‘Atid , (9) Malik  dan seterusnya, (10) Ridhwan .
أَرَبَعَةٌ مِنْ كُتُبٍ تَقْصِيْلُهَا  *  تَوْرَاةُ مُوْسَى بِاالْهُدَى تَنْزِيْلُهَا
Terdapat 4 buah Kitab Suci yang diturunkan sebagai petunjuk kepada manusia. Secara terperincinya ialah Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa
زَبُوْرُ دَاوُدَ  وَإِنْجِيْلٌ عَلَى  *  عِيْسَى وَفُرْقَانُ عَلَى خَيْرِ الْمَلاَ
Zabur diturunkan kepada Nabi Daud , Injil diturunkan kepada Nabi ‘Isa dan Al-Furqan (Al-Qur’an) diturunkan kepada sebaik-baik manusia (Nabi Muhammad).
وَصُحُفُ الْخَلِيْلِ وَالْكَلِيْمِ  *   فِيْهَا كَلاَمُ الْحَكَمِ الْعَلِيْمِ
Dan Suhuf (lembaran-lembaran suci) diturunkan kepada Al-Khalil (Nabi Ibrahim) dan Al-Kalim (Nabi Musa ). Di dalamnya, terdapat fiirman-firman yang penuh hikmah kepunyaan Tuhan Yang Maha Mengetahui.
وَكُلُّ مَاأَتَى بِهِ الرَّسُوْلُ  *  فَحَقُّهُ التَّسْلِيْمُ وَالْقَبُوْلُ
Segala yang dibawa oleh Rasulullah , maka wajiblah ke atas mukallaf tunduk, patuh dan menerimanya,
إِيْمَا نُنَا بِيَوْمٍ اَخِرٍ وَجَبْ  *  وَكُلِّ مَاكَانَ بِهِ مِنَ الْعَجَبْ
Wajib bagi kita mengimani kedatangan Hari Akhirat (Hari Kiamat) dan semua kejadian yang mengajaibkan.
خَاتِمَةٌ فِى ذِكْرِبَا قِى الْوَاجِبِ  *  مِمَّاعَلَى مُكَلَّفٍ مِنْ وَاحِبٍ
Inilah ialah penutup yang akan disebut mengenai perkara yang wajib dipercayai dan diimani oleh mukallaf.
نَبِيُّنَا مُحَمَّدٌ قَدْاُرْسِلَ  *  لِلْعَالَمِيْنَ رَحْمَةً وَفُضِّلاَ
Yaitu, Nabi kita Muhammad  yang telah diutuskan kepada seluruh alam sebagai rahmat dan kurniaan Allah.
اَبُوْهُ عَبْدُاللهِ عَبْدُ الْمُطَّلِبْ  *  وَهَاشِمٌ عَبْدُ مَنَافٍ يَنْتَسِبْ
Ayahandanya ialah ‘Abdullah ibn ‘Abdul Muththolib ibn Hasyim ibn ‘Abdu Manaf yang berhubungan nasab.
وَاُمُّهُ اَمِنَةُ الزُهْرِيَّهْ  *  اَرْضَعَتْهُ حَلِيْمَةُ السَّعْدِيَّةْ
Ibundanya ialah Aminah dari suku Zuhrah. Baginda disusui oleh Halimah dari suku Sa’ad.
مَوْلِدُهُ بِمَكَّةَ الْاَمِيْنَةْ  *  وَفَاتُهُ بِطَيْبَةَ الْمَدِيْنَةْ
Tempat kelahirannya ialah di Makkah yang aman, dan Baginda wafat di Toibah Madinah Al-Munawwarah
أَتَمَّ قَبْلَ الْوَحْيِ اَرْبَعِيْنَا  وَعُمْرُهُ قَدْجَاوَزَالسِّتِّيْنَا
Baginda mendapat wahyu ketika genap berusia 40 tahun. Baginda  wafat ketika usianya lebih dari 60 tahun (yang masyhur pada usia 63 tahun).
وَسَبْعَةٌ اَوْلَادُهُ فَمِنْهُمُ   *  ثَلَاثَةٌ مِنَ الذُّكُوْرِ تُفْهَمُ
Perlu kita pahami, bahwa putera dan puteri Baginda sebanyak 7 orang; 3 orang dari pada mereka ialah lelaki.
قَاسِمْ وَعَبْدُاللهِ وَهْوَالطَّيِّبُ  *  وَالطَّاهِرُبِذَيْنِ ذَايُلَقَّبُ
Yaitu (1) Qasim, (2) ‘Abdullah yang digelar dengan Toyyib (artinya baik) dan Tohir (artinya suci).
اَتَاهُ اِبْرَهِيْمُ مِنْ سَرِيَّةْ  *  فَاُمُّهُ مَارِيَةُ الْقِبْطِيَّهْ
Berikutnya, (3) Ibrahim yang lahir dari hamba perempuan, maka bundanya ialah Mariyah Al-Qibtiyyah (Mariyah dari bangsa qibti di Mesir).
وَغَيْرُ اِبْرَاهِيْمَ مِنْ خَدِيْجَةْ  *  هُمْ سِتَّةٌ فَخُذْ بِهِمْ وَلِيْجَةْ
Selain Ibrahim, kesemuanya lahir dari Khadijah, mereka sebanyak 6 orang, maka kenalilah mereka dengan perasaan kasih yang berpanjangan
وَاَرْبَعٌ مِنَ اْلاِنَاثِ تُذْكَرُ  *  رِضْوَانُ رَبِّى لِلْجَمِيْعِ يُذْكَرُ
Disebutkan, 4 daripadanya ialah perempuan. Semoga mereka semua mendapat keridhaan Tuhanku.
فَاطِمَةٌ الزَّهْرَاءُ بَعْلُهَا عَلِى *  وَابْنَا هُمَا السِّبْطَانِ فَضْلُهُمْ جَلِى
(4) Fatimah Az-Zahra’ suaminya ialah Imam ‘Ali  dan kedua puteranya (Hasan  dan Husain ) merupakan cucu Rasulullah yang keutamaan mereka sudah cukup jelas.
فَزَيْنَبٌ وَبَعْدَهَا رُقَيَّةْ  *  وَاُمُّ كُلْثُوْمٍ زَكَتْ رَضِيَّةْ
Kemudian (5) Zainab, selepasnya (6) Ruqayyah dan (7) Ummu Kaltsum, wanita yang suci lagi sentiasa penuh ridha.
عَنْ تِسْعِ نِسْوَةٍ وَفَاةُ الْمُصْطَفَى *  خُيِّرْنَ فَاخْتَرْنَ النَّبِيَّ الْمُقْتَفَى
Hendaklah kita mengetahui, bahwa isteri Al-Mustofa (Nabi pilihan) sesudah kewafatannya sebanyak 9 orang, Yaitu wanita-wanita yang diberi pilihan untuk memilih antara perhiasan dunia dan syurga, maka mereka memilih Al-Muqtafa (Nabi yang diikuti).
عَائِشَةٌ وَحَفْصَةٌ وَسَوْدَةٌ  * صَفِِيَّةٌ مَيْمُوْنَةٌ وَرَمْلَةْ
(1) ‘Aisyah, (2) Hafsah, (3) Saudah, (4) Sofiyyah, (5) Maimunah dan (6) Ramlah.
هِنْدٌ وَزَيْنَبٌ كَذَاجُوَيْرِيَّةٌ  *  لِلْمُؤْمِنِيْنَ اُمَّهَاتٌ مَرْضِيَّةْ
(7) Hindun, (8) Zainab demikian juga (9) Juwairiyyah. Mereka adalah ibu-ibu yang diridhai bagi orang-orang yang beriman.
هَمْزَةُ عَمُّهُ وَعَبَّاسٌ كَذَا  *  عَمَّتُهُ صَفِيَّةٌ ذَاتُ احْتِذَا
Hamzah dan Abbas adalah paman Nabi, sedangkan bibi  nabi adalah Sofiyyah yang patuh kepada Allah dan RasulNya.
وَقَبْلَ هِجْرَةِ النَّبِيِّ الْاِسْرَا  *  مِنْ مَكَّةٍ لَيْلاً لِقُدْسٍ يُدْرَا
Sebelum Nabi berhijrah, Baginda telah diisra’kan (diperjalankan) pada waktu malam atas kehendak Allah  dari Makkah ke Baitul Maqdis yang sama-sama sudah diketahui.
وَبَعْدَ اِسْرَاءٍ عُرُوْجٌ للِسَّمَا  *  حَتَّى رَاءَ النَّبِيُّ رَبًّا كَلَّمَا
Sesudah Isra’, Baginda dimi’rajkan (naik) ke langit atas kehendak Allah  hingga Baginda melihat Tuhannya dan saling berbicara.
مِنْ غَيْرِ كَيْفٍ وَانْحِصَارِ وَافْتَرَضْ * عَلَيْهِ خَمْسًا بَعْدَ حَمْسِيْنَ فَرَضْ
Tidak boleh kita membayangkan bagaimana caranya dengan gambaran yang sempit, Allah  mewajibkan kepada Baginda (dan kepada umatnya) kefardhuan solat 5 waktu, setelah sebelumnya difardhukan 50 waktu.
وَبَلَّغَ الْأُمَةَ بِاْلاِسْرَاءِ  *  وَفَرْضِ جَمْسَةٍ بِلاَ امْتِرَاءِ
Peristiwa Isra’ itu telah disampaikan kepada umatnya termasuk kewajiban melaksanakan solat 5 waktu tanpa diragukan lagi.
قَدْفَازَاصِدِّيْقٌ بِتَصْدِيْقٍ لَهُ  * وَبِالْعُرُوْجِ الصِّدْقُ وَافَى اَهْلَهُ
Maka beruntunglah Sayyiduna Abu Bakar Ash-Shiddiq karena mempercayai Baginda, dan dengan peristiwa Mi’raj dia menyetujui dan membenarkan Baginda.
وَهَذِهِ عَقِيْدَةٌ مُخْتَصَرَةْ  *  وَلِلْعَوَامِ سَهْلَةٌ مُيَسَّرَهْ
Inilah ‘aqidah yang ringkas dan mudah yang sesuai bagi orang-orang awam.
نَاظِمُ تِلْكَ اَحْمَدُ الْمَرْزُوْقِ  *  مَنْ يَنْتَمِى لِلصَّادِقِ الْمَصْدُوْقِ
Penyusun ‘aqidah ini ialah Ahmad Al-Marzuqi  yang berhubungan nasabnya (silsilahnya) dengan Rasulullah.
وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ وَصَلَّى سَلَّمَا  *  عَلَى النَّبِيِّ خَيْرِ مَنْ قَدْ عَلَّمَا
Segala puji bagi Allah , rahmat dan kejahteraan ke atas Nabi, sebaik-baik insan yang telah mengajar ‘aqidah ini.
وَالْآلِ وَالْصَّحْبِ وَكُلِّ مُرْشِدِ  *  وَكُلِّ مَنْ بِخَيْرِ هَدْيٍ يَقْتَدِى
Demikian juga ke atas keluarga, sahabat-sahabat dan setiap orang yang memberi petunjuk, dan setiap orang yang telah mengikut petunjuk itu dengan baik.
وَأَسْأَلُ الْكَرِيْمَ اِخْلاَصَ الْعَمَلْ  *  وَنَفْعَ كُلِّ مَنْ بِهَا قَدِا شْتَغَلْ
Saya memohon ke hadhirat Tuhan Yang Maha Pemurah, keikhlasan beramal dan semoga ia bermanfaat bagi orang-orang yang mengamalkannya.
اَبْيَتُهَا مَيْزٌ بِعَدِّ الْجُمَّلِ  *  تَارِيْخُهَالِى حَيٌّ غُرِّجُمَّلِ
Bilangan bait nazam ini sebanyak 57 bait mengikut bilangan huruf Maizun, dan kiraan ketentuan penanggalannya disesuaikan bilangan huruf Li Hay Ghur yaitu, 30/10/1218 H.
سَمَّيْتُهَا عَقِيْدَةَ الْعَوَامِ  * مِنْ وَاجِبٍ فِى الدِّيْنِ بِاالتَّمَامِ
Saya menamakan syair ini dengan ‘Aqidatal ‘Awam yang wajib diyakini dalam urusan agama secara sempurna bagi orang awam, yaitu orang yang baru dalam tahap permulaan belajar.
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَوَصَلَّى اللّٰهِ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ   

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Junjungan kita Muhammad, keluarganya dan para sahabatnya.